Lawatan KMNS ke FEP UKM

Assalamua'laikum, dan Salam Sejahtera


Pada 22 Disember 2014, seramai lebih kurang 120 pelajar KMNS datang melawat FEP diiringi beberapa pensyarah iringan. Lawatan ini disertai oleh pelajar jurusan Perakauanan KMNS yang telah berjaya mendapat gred A dalam mata pelajaran Ekonomi dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi I (PSPM I) pada semester pertama yang lalu.

Lawatan ini adalah bertujuan mendedahkan pelajar-pelajar ini dengan suasana pembelajaran di UKM khususnya di FEP. Pelajar dibantu oleh PMFEP dan KPTS sepanjang lawatan di UKM. Selain lawatan ke sekitar FEP, pelajar KMNS diberi peluang untuk mengikuti satu sesi kuliah di DK2 yang dikendalikan oleh En. Mustazar bagi subjek Mikroekonomi I.

Pelajar juga sempat melawati Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) semasa slot kedua. Perpustakaan Tun Seri Lanang adalah salah satu landmark UKM Bangi yang menjadi kebanggaan warga UKM. Dan tentunya pengurusan serta susunan PTSL telah berjaya menambat hati pelajar-pelajar KMNS yang datang buat pertama kali ke UKM.

Galeri

































0 comments:

Majlis Anugerah Dekan

Assalamua'laikum,


Majlis Anugerah Dekan adalah majlis bagi meraikan pelajar FEP yang berjaya mendapat cgpa 3.67 dan ke atas pada Peperiksaan Akhir Semester 2 sesi 2013/2014 yang lepas. Majlis dirasmikan oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Prof. Dr. Nor Ghani bin Md Nor dan penyerahan sijil anugerah ini turut disampaikan oleh beliau.

Kelainan yang ada pada Majlis Anugerah Dekan kali ini ialah, buat pertama kalinya Majlis Anugerah ini diadakan di Fakulti sendiri iaitu dalam Dewan Kuliah 1. Selain itu, Layar turut dipasang di luar Dewan Kuliah 1 bagi memberi peluang kepada warga FEP untuk menyaksikan Majlis yang sedang berlangsung di dalam Dewan tersebut.

Ini juga sebagai satu langkah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar FEP yang lain untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan yang mencapai aras Anugerah Dekan ini. Semoga dengan berlangsungnya Majlis ini, dapat memberi semangat kepada semua warga FEP untuk menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam apa jua bidang/tugas/pelajaran yang dijalankan.

Galeri




















0 comments: