Gotong-Royong PMFEP

Assalamualaikum wbt.

Pada 8 Ogos 2015, PMFEP dengan kerjasama presiden-presiden kelab di FEP telah mengadakan gotong-royong khas untuk membersihkan bilik PMFEP di aras 4 bangunan Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan serta stor yang terletak bersebelahan dengan bilik PMFEP. Gotong-Royong ini diadakan khas untuk membersihkan stor yang banyak menyimpan barang-barang serta alat-alat aktiviti PMFEP sepanjang sesi lepas. Aktiviti ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah hari. Jamuan ringan diadakan selepas aktiviti gotong-royong selesai.

Iftar FEP 2.0

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera, Alhamdulillah, sekali lagi FEP berjaya mengadakan Iftar di peringkat Fakulti ini. Iftar Ramadhan FEP 3.0 ini diadakan pada 8hb Julai 2014, Rabu yang lalu. Aktiviti yang dianjurkan ini disertai oleh Warga UKM yang berlangsung di dataran fakulti dan bermula pada pul 6.30 petang. Iftar ini dijayakan oleh PMFEP dengan kerjasama ISIUKM dan YADIM UKM. Sebelum majlis berbuka puasa bermula, En. Muhammad Rashid dari YADIM UKM telah dijemput untuk memberi sedikit pengisian kerohanian kepada para pelajar yang hadir.
Semoga iftar ini diteruskan lagi pada sesi akan datang .

Program E2MACC FESTIVAL


Assalammualaikum dan salam sejahtera,pada 7-13 Mac yang lepas telah bermula satu program fakulti iaitu program E2MACC Festival.Program ini merupakan program dibawah Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP) dengan kerjasam kelab keusahawan,kelab pengurusan,kelab ekonomi dan juga kelab perakaunan.Program ini bertujuan untuk melhirkn mahasiswayang berkualiti dan berdaya saing dari aspek akademik, keterampilan diri, kreativiti dan inovasi. Selari dengan tema E2MACC Festival itu sendiri iaitu “Mahasiswa Berinovasi Pemangkin Transformasi”.
   Program E2MACC Festival telah diisi dengan pelbagai program yang bermanfaat kepada mahasiswa FEP itu sendiri.Antara program yang Berjaya dilaksanakan adalah Eksplorasi Gua Tempurung,Otak Global,Lets Try Hijab,Inovasi dalam kebudayaan,Forum perdana,UKM Inovatif 2015 dan banyak lagi program-program yang menarik.         
Program-program ini semua adalah bertujuan untuk membuka minda mahasiwa FEP terhadap persekitaran dan diri mereka sendiri. Selain itu,E2MACC Festival juga merupakan salah satu cabang bagi mengeratkan lagi jalinan sillaturrahim antara kelab-kelab yang berada di FEP.    

Lawatan KMNS ke FEP UKM

Assalamua'laikum, dan Salam Sejahtera


Pada 22 Disember 2014, seramai lebih kurang 120 pelajar KMNS datang melawat FEP diiringi beberapa pensyarah iringan. Lawatan ini disertai oleh pelajar jurusan Perakauanan KMNS yang telah berjaya mendapat gred A dalam mata pelajaran Ekonomi dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi I (PSPM I) pada semester pertama yang lalu.

Lawatan ini adalah bertujuan mendedahkan pelajar-pelajar ini dengan suasana pembelajaran di UKM khususnya di FEP. Pelajar dibantu oleh PMFEP dan KPTS sepanjang lawatan di UKM. Selain lawatan ke sekitar FEP, pelajar KMNS diberi peluang untuk mengikuti satu sesi kuliah di DK2 yang dikendalikan oleh En. Mustazar bagi subjek Mikroekonomi I.

Pelajar juga sempat melawati Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) semasa slot kedua. Perpustakaan Tun Seri Lanang adalah salah satu landmark UKM Bangi yang menjadi kebanggaan warga UKM. Dan tentunya pengurusan serta susunan PTSL telah berjaya menambat hati pelajar-pelajar KMNS yang datang buat pertama kali ke UKM.

Galeri

































Majlis Anugerah Dekan

Assalamua'laikum,


Majlis Anugerah Dekan adalah majlis bagi meraikan pelajar FEP yang berjaya mendapat cgpa 3.67 dan ke atas pada Peperiksaan Akhir Semester 2 sesi 2013/2014 yang lepas. Majlis dirasmikan oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Prof. Dr. Nor Ghani bin Md Nor dan penyerahan sijil anugerah ini turut disampaikan oleh beliau.

Kelainan yang ada pada Majlis Anugerah Dekan kali ini ialah, buat pertama kalinya Majlis Anugerah ini diadakan di Fakulti sendiri iaitu dalam Dewan Kuliah 1. Selain itu, Layar turut dipasang di luar Dewan Kuliah 1 bagi memberi peluang kepada warga FEP untuk menyaksikan Majlis yang sedang berlangsung di dalam Dewan tersebut.

Ini juga sebagai satu langkah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar FEP yang lain untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan yang mencapai aras Anugerah Dekan ini. Semoga dengan berlangsungnya Majlis ini, dapat memberi semangat kepada semua warga FEP untuk menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam apa jua bidang/tugas/pelajaran yang dijalankan.

Galeri