Tentang Kami

22:24 0 Comments

   

     Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMEFEP), UKM adalah persatuan berdaftar di bawah Pentadbiran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). PMFEP merupakan sebuah badan persatuan pelajar yang ditubuhkan pada 30 Disember 2004. Persatuan ini ditubuhkan di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti, Seksyen 53 (1), Perlembagaan Universiti (pindaan 1998).

     Penubuhan PMFEP adalah selaras dengan penjenamaan semula nama fakulti menjadi Fakulti Ekonomi & Pengurusan pada 1 April 2004. Sebelum tahun 2004, persatuan pelajar telah bergerak mengikut fakulti di mana Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi (PMFE) mewakili Fakulti Ekonomi dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan (PMFPP) mewakili Fakulti Pengurusan Perniagaan.

    Matlamat penubuhan PMFEP secara umumnya untuk menjadi badan pelajar yang professional dan peka dengan kebajikan, dan keharmonian warga FEP.