Hari Interaksi Pelajar Tahun Satu bersama PMFEP

Assalamua'laikum, dan Salam Sejahtera



Pada 23 September yang lalu, berlangsungnya Hari Interaksi Pelajar Baru bersama PMFEP di Dewan Kuliah 1, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. 

Kami di pihak PMFEP secara peribadi sangat terkejut dengan kehadiran para pelajar yang sangat memberansangkan pada malam tersebut. Momentum dan komitmen yang diberikan oleh pelajar Tahun Satu memberikan kami satu petanda baik untuk satu sesi ini.

Antara pengisian program ini adalah, Pengenalan ringkas persatuan atau kelab yang wujud di bawah PMFEP iaitu Kelab Ekonomi (KE), Management Club (MC), dan Kelab Perakaunan oleh wakil kelab-kelab tersebut. 

Taklimat diselingkan dengan tayangan video khas yang disediakan oleh setiap exco di bawah PMFEP iaitu 

1. Kebajikan Modal Insan (KMOI)
2. Sukan dan Rekreasi 
3. Inovasi dan Informasi (ICT)
4. Pembangunan Akademik (EPA)
5. Kebajikan Sosial dan Kemasyarakatan (KSK)
6. Hubungan Antarabangsa dan Korporat (EHAK)

Pendedahan awal ini, kami di pihak PMFEP percaya bahawa metod terbaik untuk memberikan pelajar baharu membuat persediaan di hari akan datang. 

Sekalung Tahniah kepada Pelajar Tahun Satu kerana berjaya mencipta rekod terbaik. 

Tidak dilupakan, Jutaan Terima Kasih kepada wakil-wakil 
kelab yang hadir untuk memberi taklimat. 

GALERI





































1 comment:

  1. Live Dealer Casino Sites » Review & Bonus | LuckyClub.Live
    Lucky Club Casino has over 500+ gaming options including a variety of live and mobile casino games and mobile apps. Learn more about the casino games you can luckyclub

    ReplyDelete