Iftar Ramadhan FEP 2.0

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, sekali lagi FEP berjaya mengadakan Iftar di peringkat Fakulti ini. Iftar Ramadhan FEP 2.0 ini diadakan pada 16hb Julai 2014, Rabu yang lalu. Aktiviti yang dianjurkan ini disertai oleh Warga UKM yang beragama Islam.

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. Jangan lupa temujanji kita di Iftar Mega FEP pula. Semoga sentiasa dalam Rahmat Allah.


Dan berikut adalah sedutan Iftar FEP 2.0 yang sempat dirakam. Moga terhibur...
____________________________________________________________________________









Sumber Gambar: Facebook

0 comments:

PROGRAM “IHYA RAMADHAN” YB. DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pada tanggal 17 julai 2014, kami dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah mendapat undangan PROGRAM “IHYA RAMADHAN” YB. DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Yayasan Kesejahteraan Bandar bersama belia Wilayah Persekutuan. Oleh itu, PMFEP turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam program yang berprestij ini. 


Program ini berlangsung di Laman Astaka, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Agenda program ini bermula pada jam 4.30 p.m. di mana semua pelajar berkumpul di bangunan Pusanika UKM.

Semua pelajar iaitu seramai 40 orang memakai pakaian yang comel-comel belaka, seperti baju kurta, ala ala timur tengah “Yusuff Taaiyobbb” dan baju-baju trend terkini bagi meraikan kemeriahan Majlis Iftar ini. 

Setelah melalui perjalanan bandar raya Kuala Lumpur yang sesak akhirya kami sampai juga di tempat yang dituju. Sesampainya kami di sana, kami terus menuju ke ruang solat yang disediakan untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim-Solat Asar. 

Selesai solat Asar kami berkumpul di kawasan yang telah disediakan sembil diring ala-ala YB ke tempat kami oleh petugas-petugas yang bertugas. Menurut tinjauan pelajar UNIKL adalah peserta majoriti. 


Jam 6.00 p.m, majlis dimulakan dengan ucapan YB Tengku Adnan. Ucapan yang sarat pengisian dengan kata-kata semangat daripada beliau untuk belia-belia yang hadir mampu meransang semangat kami untuk menjadi belia yang berjaya.

Dalam pertengahan majlis, kami tidak menduga akan kehadiran Ikon Belia dan juga pemenang Program Pencetus Ummah, PU Hafiz. Beliau memberi tazkirah berkenaan bulan Ramadhan dan cara-cara menghayati bulan yang mulia ini. PU Hafiz banyak berkongsi info-info dan berjaya menarik perhatian para hadirin dengan kewibawaannya sebagai Da'ie.

Hampir tiba azan berkumandang, riak wajah tidak sabar kelihatan pada tetamu-tetamu untuk berbuka.
Doa berbuka puasa yang dibaca oleh PU Hafiz menandakan sebuah lagi kejayaan umat Islam pada hari tersebut.

Selesai berbuka puasa, para hadirin menunaikan Solat Maghrib berjemaah. Selesai solat maghrib, alunan Qasidah yang mampu menggetarkan jiwa sebagai hamba Allah diperdengarkan oleh penyanyi nasyid tempatan. 

                                                             
Secara keseluruhannya, prgoram ini memberikan impak positif dari aspek silaturrahim antara pemimpin dengan pemimpin yang lain. Kesudian YB Tengku Adnan mengadakan program khas untuk Belia ini jelas menunjukkan beliau sangat menghargai peranan golongan belia dalam masyarakat yang merupakan bakal pemimpin negara suatu hari nanti, insyaAllah. Pendekatan yang digunapakai oleh beliau adalah pendekatan murni dalam memupuk jiwa Belia yang bertamadun dan berjasa kepada negara. Kami sangat menghargai keperihatinan beliau dalam hal ini.

Sekian, terima kasih. 


"Mahasiswa Berinspirasi Mencorak Transformasi"

0 comments:

Iftar Ramadhan FEP 1.0

Assalamua'laikum,


Alhamdulillah, satu lagi program yang dianjurkan pihak PMFEP telah dijalankan dengan baik pada 10 Julai 2014 yang lalu. Iftar Ramadhan FEP 1.0 ini adalah kolabrasi bersama Ikatan Studi Islam, ISIUKM, sempena Ramadhan ini. FEP adalah antara Fakulti yang menawarkan kursus untuk Semester Pendek (Short Sem) iaitu selama lebih kurang 3 bulan bermula 07 Julai 2014 yang lalu. Memandangkan Short Sem ini berlangsung sepanjang bulan Ramadhan, PMFEP dan ISIUKM melihat ini adalah peluang terbaik untuk berkolaborasi kali ini.

Seluruh warga UKM telah dijemput untuk mengimarahkan program ini. Program ini adalah bertujuan untuk menyuntik elemen Silatur Rahim dalam kalangan Pelajar UKM sekali gus memeriahkan lagi suasana Ramadhan di UKM yang mungkin asing bagi sesetengah pelajar.

Pengisian program tersebut termasuklah Majlis Berbuka Puasa, Tazkirah, dan Solat Maghrib, Isyak dan Taraweh berjemaah, Program ini dilihat mendapat sambutan positif daripada warga UKM, khususnya para pelajar.





Diharapkan, program ini dapat memberikan impak daripada pelbagai segi dalam kalangan warga UKM. InsyaAllah, melihatkan sambutan yang diberikan, Iftar Ramadhan FEP 2.0 akan dijalankan dalam masa terdekat ini.

0 comments:

Kursus Kepimpinan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2014

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera,


Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) telah mengadakan kursus kepimpinan pada 25 hingga 27 Jun 2014 yang lalu. Antara peserta yang terlibat adalah wakil barisan kepimpinan mahasiswa FEP sesi 2014/2015 yang terdiri daripada barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa (PMFEP), Manafement Club, Kelab Perakaunan dan Kelab Ekonomi- seramai 38 orang.

Kursus Kepimpinan yang diadakan di Kem El-Azhar, Banting ini bertujuan mendedahkan, memupuk dan memantapkan kemahiran kepimpinan, semangat berpasukan dan sekali gus merapatkan silaturrahim antara peserta.

Tidak dapat dinafikan, terdapat banyak input yang diperolehi sepanjang kursus ini dijalankan. Pelbagai aktiviti dijalankan berjaya mendedahkan kami mengenai pengajaran dan pelajaran yang dapat kami amalkan dalam mencurahkan komitmen kami kepada fakulti untuk tempoh kepimpinan satu tahun ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah, aktiviti berkayak, aktiviti berrakit, dan lain-lain.












Gambar Sumber: Facebook

0 comments:

Salam Pena

02:50 , 0 Comments

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera kepada sidang pembaca sekalian. 



Pada sesi yang baharu ini, sekali lagi Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjengah ke dalam bidang penulisan atas talian yang tidak asing lagi bagi kita semua ini. 

Semoga untuk tempoh ini, kami dapat memberikan manfaat kepada sidang pembaca  secara langsung mahupun tidak langsung melalui perkongsian-perkongsian kami. Pada perkongsian yang pertama ini, kami daripada pihak PMFEP berhasrat untuk menempah tapak dalam dunia blog ini supaya kehadiran kami dalam bidang ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. 

Diharapkan, blog ini akan menjadi sumber yang autoriti bagi pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) khususnya, dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan. 

Sekian, terima kasih. 


"Mahasiswa Berinspirasi, Mencorak Transformasi"



0 comments: